Share Your File Here

Minggu, 10 Juli 2011

Peranan Komputer dalam Kehidupan Manusia

PERANAN KOMPUTER

Komputer adalah satu alat ciptaan sains dan teknologi yang merupakan satu mesin elektronik yang boleh menerima arahan atau data digital, memprosesnya, menyimpan dan mengeluarkan hasil dari data yang diproses. Sejarah komputer elektronik berdigit boleh dikatakan bermula pada tahun1940-an dan boleh dibahagikan kepada enam generasi bermula pada 1940-an sehingga sekarang.                                                                                                                                                                                                                     Mengimbau kembali zaman komputer awal , zaman komputer boleh dibahagikan kepada kepada empat zaman iaitu zaman komputer Abacus,Mekanikal,Elektro Mekanikal dan Elektronik Digital atau komputerdisket. Komputer mempunyai empat jenis iaitu `super komputer’ yang saiznya sangat besar, `main frame komputer’ yang bersaiz besar, `mini kompyter’ bersaiz sederhana dan akhir sekali `mikro komputer’ yang bersaiz kecil.

            Di negara-negara membangun, penggunaan komputer semakin penting khususnya bagi negara Malaysia sendiri yang sekarang sedang menuju ke zaman Teknologi Maklumat (IT) adalah sebuah zaman di mana semua maklumat yang diperolehi walaupun daripada tempat yang jauh. Semua maklumat ini diproses dan boleh diperolehi dari dalam komputer.Di negara luar, meraka sudah lama menggunakan IT dan di Malaysia, kerajaan sedang berusaha untuk menggalakkan semua rakyat menggunakan IT sebagai satu budaya hidup.

            Di negara ini, peranan komputer amatlah meluas penggunaannya termasuklah dalam bidang pentadbiran, pendidikan, industri, perniagaan, kesihatan dan bermacam-macam lagi bidang yang memggunakan komputer.Dalam bidang pentadbiran, hampir setiap pejabat atau jabatan sama ada dari sektor kerajaan ataupun sektor swasta telah menggunakan komputer untuk memproses segala data dan menjalankan tugas seharian. Penggunaan komputer lebih memudahkan pihak pentadbir untuk mengendalikan tugas dengan sempurna dan cepat seta dapat menghasilkan satu kerja yang menarik dan berkualiti.

            Di dalam bidang pendidikan pula, para pelajar dan guru dapat menggunakan komputer dalam sessi pembelajaran. Selain itu, komputer juga membantu para pelajar belajar secara sistematik. Para pelajar tidak perlu mengorbankan masa yang lama untuk menyimpan ilmu yang ada di dalam kepala sebaliknya hanya menyinpan didalam sebuah disket dan boleh dibuka bila-bila masa apabila hendak membuat rujukan pada masa akan datang. Kemajuan ini telah memberi sumbangan yang besar kepada para pelajar. Berbagai-bagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan di bawah pimpinan Menteri Pendidikan untuk menggalakkan penggunaan komputer.

            Antara usaha yang telah dilakukan ialah menubuhkan kelab komputer bagi melahirkan generasi muda berilmu dan berpengetahuan dari segi penggunaan komputer. Selain itu, Kementerian Pendidikan juga telah menubuhkan sekolah bestari untuk melahirkan para bijak pandai yang berilmu dan berjaya pada masa hadapan. Sekolah ini ditubuhkan berdasarkan prinsip `Information Technology’ (IT) yang menjadi guru kepada pelajar.

            Di dalam bidang perniagaan pula komputer turut memainkan peranan yang penting untuk mengendalikan segala urusan perniagaan. Ia juga akan memudahkan para peniaga atau usahawan untuk mengetahui segala maklumat tentang perniagaan, bursa saham, promosi dan sebagainya.Mereka boleh mengetahui segala-galanya dalam internet. Internet merupakan satu jaringan maklumat terkini di mana kita boleh memperkenalkan maklumat dengan mudah.

            Selain berfungsi di dalam bidang komunikasi, ia juga berfungsi untuk memberitahu kita tentang dunia luar dan berita-berita terkini. Para peniaga juga boleh merekodkan segala maklumat kewangan di dalam komputer supaya lebih selamat dan terjamin. Para peniaga akan berpuas hati dengan tugas yang dikendalikan oleh komputer. Walaupun harganya mahal tetapi komputer meninggalkan kesan yang baik dalam pengurusan perniagaan.

            Komputer masa kini boleh dikelaskan kepada pelbagai kategori. Komputer zaman sekarang mempunyai peralatan yang jauh lebih moden berbanding dahulu. Komputer mempunyai beberapa bahagian antaranya papan induk, mencari dan lain-lain lagi. Sudah banyak ciptaan moden telah dicipta melalui komputer. Antara ciptaannya ialah Multimedia. Multimedai bermaksud kepelbagaian bentuk media atau perantara yang digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada penerima dengan menggunakan fungsi bunyi, suara, gambar, animasi lagu dan video. Manakala `Personal Computer’ (PC) multimedia lebih merujuk kepada set perkakasan multimedia yang lengkap dan boleh berfungsi sebagai perantara yang berkesan dengan mengeksploitasikan kepelbagaian fungsi di atas.

            Di dalam proses pembangunan negara, Malaysia telah mengorak langkah dengan lebih jauh lagi dengan kewujudan `Multimedia Super Coridor’ (MSC). Ia adalah jawapan negara dalam menjelang era terbaru kini yakni era ledakan maklumat. MSC selain daripada menjadi tapak percubaan dan ujian teknologi mutakhir juga merupakan anugerah besar kepada kita. Lebih menarik tentangnya ialah MSC tidak sekadar cenderung kepada isu-isu bukan teknologi dan isu-isu kemanusiaan. Antaranya usaha kita yang mendapat perhatian dunia ialah memperkenalkan perundangan siber.

            Usaha memastikan MSC berjaya seperti yang direncanakan, satu penal telah dituduhkan iaitu Panel Penasihat Antarabangsa MSC (International Advisory Panel). Antara individu yang telah menduduki panel ini ialah Bill Gates, Larry Elison, Steve Jobs dan lain –lain lagi. Nama –nama ini sebenarnya bukanlah asing dalam industri teknologi maklumat dan komputer.

            Oleh kerana negara membangun, Malaysia sememangnya memerlukan komputer untuk membantu menguruskan segala kerja pentadbiran negara dan semua bidang yang penting dalam sesebuah negara. Sesungguhnya komputer merupakan alat ciptaan sains dan teknologi yang sememangnya tiada tolok bandingnya. Akhir sekali, rakyat akan maju dengan adanya komputer dan segala urusan dalam sesebuah negara akan diuruskan dengan cepat  serta cekap dengan komputer. `Hidup berlandaskan IT adalah budaya hidup kita’.

credit By : Adrian

3 komentar:

ada tak kajian mengenai tajuk entri ni? boleh email kat saya syahidatul.kvsp2@gmail.com. terima kasih

So usefull,thanks๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Posting Komentar